Mahkamah Konstitusi Indonesia dikawal ketat - Utusan Malaysia

Mahkamah Konstitusi Indonesia dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 25 Mei – Pihak keselamatan Indonesia masih mengawal ketat kawasan sekitar Mahkamah Perlembagaan dengan berpuluh-puluh anggota dikerahkan untuk berkawal di hadapan bangunan mahkamah tersebut.

Antara melaporkan, meskipun tiada lagi demonstrasi dan kekacauan berlaku, polis dan tentera tetap memantau bagi berdepan sebarang kemungkinan tercetusnya ketegangan pada bila-bila masa.

Polis pada masa yang sama masih menutup beberapa laluan menuju ke Istana Negara, Mahkamah Perlembagaan dan bangunan-bangunan kementerian di Jalan Medan Merdeka Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, jurucakap Mahkamah Perlembagaan, Fajar Laksono memberitahu pihaknya telah meningkatkan unit keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekacauan semasa proses penyelesaian sengketa Pemilihan Umum (Pemilu) 2019.

“Kami telah bekerjasama dengan polis dan tentera agar keselamatan dapat dipertingkatkan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini