DHAKA 30 Mei – Bangladesh mengarahkan pusat pendidikan Islam untuk melantik mentor daripada golongan wanita, bertujuan untuk menyekat keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Gesaan itu dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya 16 orang didakwa selepas terbabit dalam pembunuhan melibatkan seorang pelajar perempuan. Antara yang didakwa adalah ketua pusat pendidikan di mana mangsa, Nusrat Jahan Rafi belajar. “Langkah itu akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru,” kata ketua Lembaga Pendidikan Madrasah Bangladesh, Saif Ullah. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya