LZS sumbang 29 van jenazah masjid seluruh Selangor - Utusan Malaysia

LZS sumbang 29 van jenazah masjid seluruh Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan hampir RM4. 5 juta bagi membekalkan 29 buah van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor.

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail berkata, sumbangan itu merupakan salah satu jenis bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan pengurusan jenazah.

“Ia diperuntukkan kepada masjid yang tidak memiliki kemudahan kenderaan untuk mengurus jenazah terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mempunyai kariah yang ramai.     

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan van jenazah ini melibatkan enam buah masjid di Petaling Jaya ; Hulu Langat (4), tiga meliputi  Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat dan Sepang (2) serta Klang (1) ,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Van Jenazah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini hari ini. 

Syed Anwar menjelaskan sumbangan van jenazah ini adalah sebahagian kecil daripada sumbangan zakat di bawah Program Pembangunan Institusi Agama. 

“Berdasarkan rekod, LZS telah menyumbangkan 60 buah van dengan jumlah keseluruhan RM7.2 juta sejak 2013 hingga kini,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini