PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia harus memberi ruang kepada kerajaan untuk mencari jalan merealisasikan syarat penghantaran pulang sisa radioaktif dari kilang Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng kembali ke negara asal, Australia. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, di samping itu, rakyat perlu terus memberi tekanan kepada Lynas untuk bertanggung jawab terhadap sisa radioaktif mereka tanpa sebarang kompromi. Jelasnya, Lynas juga harus menunjukkan kesungguhan dan wajib mengotakan janji bertulis mereka kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2012 untuk mengembalikan sisa radioaktif dari kilang Lynas ke negara asal iaitu Australia. “Setakat ini, belum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya