Lynas 'pindah' ke AS? - Utusan Malaysia

Lynas ‘pindah’ ke AS?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Selepas berdepan isu perundangan dan beberapa pertikaian dengan kerajaan Malaysia, Lynas Corp akan memindahkan kemudahan penguraian nadir bumi ke Texas, Amerika Syarikat (AS).

Hal demikian selepas Lynas telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat berpangkalan di Texas, Blue Line Corp. bagi membina kemudahan baharu.

Menurut laporan Reuters, Lynas dan Blue Line akan bekerjasama bagi membangunkan kemudahan pemprosesan nadir bumi baharu di Texas yang bakal memberi kelebihan berhubung jurang bekalan ‘kritikal’ kepada pengeluar di AS.

“Pemindahan kemudahan Lynas ke AS adalah susulan beberapa isu melibatkan kilang pemprosesannya di Malaysia yang mana kerajaan telah mengarahkan supaya syarikat itu menghantar keluar bahan radioaktif dari negara ini untuk membolehkan mereka kembali memperbaharui lesen operasi.

“Disebabkan situasi tersebut, Lynas sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membina kilang pemprosesan baharu dan menerusi MoU yang ditandatangani, kerjasama dengan Blue Line juga menyaksikan majoritinya dimiliki Lynas,” jelas laporan tersebut hari ini.

Lynas bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung jumlah kos yang akan ditanggung menerusi projek kemudahan di AS itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×