Lupakan kekecewaan di Anfield - Valverde - Utusan Malaysia

Lupakan kekecewaan di Anfield – Valverde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA 10 Mei – Barcelona perlu segera melupakan kekecewaan yang mereka alami dalam saingan Liga Juara-Juara dengan mengalihkan fokus kepada La Liga apabila skuad kendalian Ernesto Valverde itu akan bertemu Getafe dalam aksi terakhir liga, Ahad ini.

Skuad kendalian Valverde dikejutkan dengan kekalahan di tangan Liverpool yang bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan agregat 4-3 di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

“Kami berdepan detik sukar dalam beberapa hari ini namun kami perlu bangkit,” kata Valverde.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seminggu sebelum perlawanan, penyokong Barca yakin dengan pasukan mereka selepas menewaskan Liverpool 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama sekali gus menaruh harapan tinggi untuk layak ke final buat kali pertama sejak 2015.

Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah apabila Barca terpaksa menanggung malu apabila dibelasah 4-0 dalam perlawanan timbal balik di Anfield, jika tidak mereka boleh mengharungi musim ini dengan kejayaan berganda.

“Kami perlu fikir apa yang telah berlaku. Banyak perkara yang perlu dinilai dan difikirkan. Kami memohon maaf di atasi sikap kami dan sedar kami dihujani kritikan ketika ini. Kami sangat kecewa dan terluka. Kami juga manusia biasa dan mempunyai perasaan,” kata penyerang Barca, Luis Suarez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini