Liverpool raih hampir RM532 juta jika kalahkan Spurs - Utusan Malaysia

Liverpool raih hampir RM532 juta jika kalahkan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mei – Liverpool meraih hadiah kemenangan hampir 100 juta pound (RM532 juta) jika muncul juara Liga Juara-Juara musim ini, rekod peroleh tertinggi buat mana-mana kelab England di Eropah.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dijangka menerima sekitar (RM523 juta) sekiranya mengalahkan Tottenham dalam perlawanan akhir di Madrid, 2 Jun ini, namun seandainya kalah, Reds bakal menerima 94.6 juta pound (RM504 juta).

Tottenham pula akan menikmati hadiah 93 juta pound (RM496 juta) jika muncul juara buat kali pertama, namun kekalahan akan membolehkan kelab London itu menerima 89.5 juta pound (RM476 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah ini mengambil kira pelbagai faktor iaitu daripada segi yuran penampilan, bonus persembahan, jumlah kemenangan serta seri dari peringkat kumpulan sehinggalah kepada saingan kalah mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini