LONDON 12 Mei – Liverpool akan memperoleh lebih tinggi ganjaran wang Liga Perdana Inggeris musim ini berbanding Manchester City, sama ada jika skuad bimbingan Jurgen Klopp memenangi gelaran ataupun tidak.
Liverpool kini berada di landasan yang tepat untuk memperoleh habuan tertinggi itu kerana mereka lebih popular ketika bersiaran berbanding City.
Perlawanan melibatkan Liverpool telah disiarkan secara langsung sebanyak 29 kali oleh Sky Sports dan BT Sport, dua kali ganda lebih berbanding kelab lain.
Manchester United di tempat kedua dengan 27 kali bersiaran, manakala City, termasuk perlawanan untuk final hari ini, Brighton bersiaran hanya 26 kali.
Setiap kelab dijamin meraih paling minimum 12.5 juta pound (RM68 juta) ketika bersiaran, dengan tambahan 1.2 juta pound (RM6.5 juta) setiap kali bersiaran secara langsung melebihi 10 kali.
Sebanyak 29 kali bersiaran secara langsung, Liverpool akan meraih 3.4 juta (RM18.38 juta) lebih banyak berbanding City, sekali gus memintas pendapatan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.
The Mail hari ini telah mengira dan mendapati bahawa Liverpool boleh memungut sebanyak 150 juta pound (RM811 juta), jika mereka menamatkan saingan di tempat kedua, kira-kira 1.4 juta pound (RM7.57 juta) berbanding City termasuk jika mereka memenangi gelaran.- AGENSI











