Lima lagi ahli Geng Pit Sym diberkas - Utusan Malaysia

Lima lagi ahli Geng Pit Sym diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 22 Mei – Polis berjaya memberkas lima lagi lelaki dipercayai ahli Geng Pit Sym yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar Pendang dan daerah berhampiran dalam serbuan di Tokai, semalam.

Kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun itu ditahan di rumah masing-masing antara pukul 6.30 hingga 7.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis turut menemukan kunci allen yang dipercayai digunakan suspek untuk mencuri motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun, ujar beliau, tiada motosikal curi ditemukan bersama mereka dalam serbuan berkenaan.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk siasatan lanjut dan hasil siasatan awal mereka mengaku terlibat dalam kegiatan curi motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Mior Faridalathrash, kelima-lima suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Akhbar ini pada Isnin lalu melaporkan, polis berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal dengan tertangkapnya seorang suspek berusia lingkungan 20-an, pada 13 Mei lalu.

Hasil siasat lanjut, polis turut menemukan semula 24 rangka motosikal pelbagai jenis yang dibuang ke dalam sungai di Mukim Bukit Raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini