Lima ahli geng pecah rumah dan curi kabel ditahan polis - Utusan Malaysia

Lima ahli geng pecah rumah dan curi kabel ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Lima lelaki dipercayai ahli geng pecah rumah dan curi kabel yang berada dalam senarai dikehendaki polis akhirnya berjaya ditahan di tepi Jalan Perusahaan, Perai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, pihak polis bertindak menahan sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dinaiki suspek berkenaan yang berusia 25 hingga 40 tahun kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan yang di jalankan ke atas suspek menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian pihak polis menjalankan pemeriksaan lanjut pada tempat meletakkan barang di bahagian belakang kereta dan menemui lima gulung kabel berwarna hitam sepanjang kira-kira 50 meter, dipercayai baru dicuri.

“Polis turut menjumpai pemotong, gergaji besi dan beberapa lagi barangan lain yang percayai di gunakan mereka untuk kegiatan pecah rumah serta curi kabel,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lima lelaki itu terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta curi kabel sejak awal tahun ini dan berada dalam senarai yang dikehendaki pihak polis.

“Polis kini sedang mengesan pihak yang membeli kabel-kabel yang di curi mereka.

“Mereka juga mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah serta terlibat dalam satu kes pecah rumah di Perai baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini