Liga Super: Lazarus Kiambi bakal ganti Ze Love? - Utusan Malaysia

Liga Super: Lazarus Kiambi bakal ganti Ze Love?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Khabar angin penyerang dari Brazil, Jose Eduardo atau lebih dikenali sebagai Ze Love  akan meninggalkan skuad Tok Gajah semakin menjadi kenyataan apabila tersebarnya gambar pemain import baharu menandatangani kontrak bersama Pahang.

Gambar Lazarus Kaimbi dari Namibia yang pernah beraksi bersama Kelantan sebelum ini mula tular di media sosial hari ini.

Kehadiran Kiambi sebagai penyerang import baharu skuad Tok Gajah diperkuatkan lagi apabila beliau menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak beberapa hari lalu di Kuantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ze Love dikhabarkan akan digugurkan dari skuad kendalian Dollah Salleh itu apabila gagal mempamerkan aksi konsisten di bahagian jentera serangan.

Menurut sumber, Ze Love bagaimanapun belum menandatangani perjanjian tamat kontrak kerana bayaran daripada majikannya belum diselesaikan sepenuhnya.

Jika benar perkhabaran ini, Kiambi akan bergandingan dengan Dickson Nwakaeme di bahagian serangan untuk Pahang meneruskan misi mempertahankan Piala FA dan mengekalkan kedudukan kedua teratas carta Liga Super musim ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini