KANGAR – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengugut menumbuk Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi kiriman mesej daripada pengguna akaun Facebook bernama Sandev Sandev. Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor, Pulau Pinang kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, penahanan suspek dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat…










