KUALA LUMPUR 6 Mei – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 3, Jalan Daro-Matu, Mukah, Sarawak hari ini.
Menurut laporan Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Matu-Daro, Deputi Superintenden Neil Baginda berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Said Berahim, 37.
“Mangsa melintas secara tiba-tiba dan pemandu tidak sempat mengelak sebelum merempuhnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Daro, Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (2) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE











