Lelaki mahu pinjam wang dipukul suami, adik ipar bekas kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki mahu pinjam wang dipukul suami, adik ipar bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Video seorang lelaki dibelasah dua individu sehingga tercampak ke dalam longkang yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan kerana mangsa mahu meminjam wang RM20 daripada bekas kekasih.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang Ahad lalu itu, mangsa berusia 20 tahun yang cedera di bahagian kepala dan badan dibelasah suami dan adik ipar lelaki bekas kekasihnya di Kampung Batu 1 berhampiran Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi seminit 37 saat yang tular di media sosial tersebut, rayuan lelaki tersebut agar tidak terus dipukul tidak diendahkan kedua-dua penyerangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas kekasihnya yang sudah berkahwin untuk meminjam wang.

“Sebelum itu, mangsa dikatakan telah menghubungi bekas kekasih tentang hajatnya itu namun sebaik tiba di rumah tersebut, dia telah diserang oleh suami dan adik ipar wanita terbabit.

“Dia telah ditumbuk muka, dipukul dan dipijak pada bahagian badan oleh kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30-an dan 20-an berkenaan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini