LEKAS edar air minuman percuma di Plaza Tol Kajang Selatan, esok - Utusan Malaysia

LEKAS edar air minuman percuma di Plaza Tol Kajang Selatan, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan mengedarkan air minuman kotak percuma di Plaza Tol Kajang Selatan dekat sini, pada pukul 4 petang, esok.

Lekas dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan mengedarkan air minuman jenama Pokka Melon Milk dan Mango Milk kepada pengguna yang melalui tol berkenaan.

Pada 3 Mei lalu, Lekas juga telah mengedarkan air minuman yang sama kepada pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sebagai tanda penghargaan kerana telah menggunakan lebuh raya itu. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini