PUTRAJAYA 1 Mei – Kerajaan bercadang memperluaskan pemakaian Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) agar lebih ramai golongan bekerja sendiri mendapat perlindungan daripada risiko kemalangan di tempat kerja sebagaimana pekerja dalam sektor formal. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini termasuklah golongan nelayan, petani, pekebun kecil, penjaja, penggiat seni dan seumpamanya. “Beberapa inisiatif yang dijalankan termasuk memantap dan menguatkuasakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri meliputi perlindungan Skim…










