SAUDARA PENGARANG,APABILAkenyataan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Rashidi Hasbullah mencadangkan Doraemon dijadikan sebahagian daripada agenda Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, ia menampakkan satu kelucuan yang tidak wajar. Mujurlah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen TMM 2020. Sesungguhnya adalah tidak wajar mengangkat martabat produk luar bagi menyemarakkan TMM 2020.…










