Lebih 64,000 kanak-kanak di Texas tidak menerima rawatan vaksin - Utusan Malaysia

Lebih 64,000 kanak-kanak di Texas tidak menerima rawatan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS 9 Mei- Lebih daripada 64,000 kanak-kanak di Texas dilaporkan tidak menerima suntikan vaksin.

Perkara itu dibuktikan menerusi laporan dibuat Jabatan Kesihatan Texas.

Laporan itu turut mendedahkan peningkatan sebanyak 14 peratus dalam kalangan ibu bapa di wilayah itu yang memilih untuk tidak memberi suntikan tersebut kepada anak-anak mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendedahan itu mencetuskan kekhuatiran pensyarah di Kolej Perubatan Baylor, Peter Hotez.

“Lebih 64,000 kanak-kanak tidak menerima suntikan vaksin. Jumlah itu tidak termasuk 300,000 yang bersekolah dari rumah,” katanya kepada The Washington Post.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini