Lebih 5,000 hadir ke Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 - Utusan Malaysia

Lebih 5,000 hadir ke Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mei – Lebih 5,000 pekerja terdiri daripada sektor perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 yang pertama kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Bertemakan ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, sambutan kali ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau dijangka menyampaikan amanat di hadapan para pekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kenyataan Kementerian Sumber Manusia, pelbagai inisiatif telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan pasaran buruh negara termasuk memperkasa tenaga kerja warga tempatan.

Untuk memastikan inisiatif ini berjaya dilaksanakan secara berterusan, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengamalkan prinsip tripartisme yang melibatkan kerjasama kerajaan, pekerja dan majikan.

Usaha itu bagi memastikan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemegang taruh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini