PUTRAJAYA 1 Mei – Lebih 5,000 pekerja terdiri daripada sektor perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 yang pertama kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu. Bertemakan ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, sambutan kali ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau dijangka menyampaikan amanat di hadapan para pekerja. Menurut Kenyataan Kementerian…










