Korea Utara tembak misil jarak pendek ke laut - Utusan Malaysia

Korea Utara tembak misil jarak pendek ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 4 Mei – Korea Utara melancarkan misil tak dikenali ke laut hari ini, mengikut tentera Korea Selatan.

Pelancaran itu mungkin misil jarak pendek pertama Pyongyang sejak lebih dari setahun lalu.

Korea Utara dan Amerika Syarikat telah bertelagah sejak ‘runtuhnya’ persidangan antara Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump pada Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam kenyataan, Pyongyang ‘menembak beberapa misil jarak pendek dari semenanjung Hodo berhampiran timur bandar pesisir, Wonsan ke arah timur laut dari pukul 9.06 pagi hingga 9.27 pagi tadi.

Jelasnya, misil itu terbang dari 70 ke 200 kilometer ke arah Laut Timur atau juga dikenali sebagai Laut Jepun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini