NIAMEY 7 Mei – Angka korban akibat letupan lori tangki minyak dekat lapangan terbang antarabangsa Niger di sini meningkatkan kepada 60 orang hari ini.
Angka korban dijangka terus meningkat selepas masih banyak mayat gagal dikesan kerana mengalami lecur teruk.
Pegawai keselamatan, Hamani Adamou Abdoul Aziz berkata, lori tangki minyak yang terbalik itu meletup semasa orang ramai berkumpul mengambil minyak tertumpas. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











