KUANTAN 1 Mei – Seorang kontraktor kerugian RM3,000 akibat dipedaya dengan tawaran rakan kongsi perniagaan untuk kerja penghantaran bahan binaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 4 Januari lalu, mangsa yang berusia 42 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang mahu membeli sebuah lori berharga RM80,000 bagi tujuan perniagaan penghantaran bahan-bahan binaan. Setelah mengadakan perbincangan bersama, katanya, individu berkenaan mengajak…









