Kontinjen Sukan SEA dapat ‘sentuhan’ Nurul Huda - Utusan Malaysia

Kontinjen Sukan SEA dapat ‘sentuhan’ Nurul Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Majlis olimpik Malaysia (MOM) hari ini sebulat suara melantik bekas ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah untuk melengkapkan profil Timbalan Chef de Mission (CDM) II Sukan SEA 2019 Manila, yang akan bermula pada 30 November hingga 11 Disember ini.

Nurul Huda ketika zaman kegemilangannya. – Foto Arkib Utusan

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Olahragawati Sukan SEA 1989 itu akan berada di sisi CDM Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Timbalan CDM I, Ahmad Faedzal Md Ramli yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, MOM menyifatkan kombinasi ketiga-tiga individu tersebut sebagai gabungan mampan memandangkan mereka mempunyai latar belakang menarik, selari dengan cabaran yang bakal Malaysia harungi pada temasya dwi tahunan itu.

“Megat mewakili pentadbiran sukan dan beliau juga merupakan Setiausaha Agung Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) dan bekas Naib Presiden MOM. Beliau akan dibantu oleh ISN menerusi Faedzal, manakala Nurul Huda adalah atlet yang begitu berjaya di Sukan SEA.

“Ini merupakan kombinasi yang sangat baik memandangkan cabaran yang bakal Malaysia hadapi, seperti sedia maklum, sukan bertambah daripada 40 kepad 56, dengan kami membuat keputusan untuk bertanding dalam 51 sukan,” kata Norza selepas mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norza turut merasakan menerusi pengalaman Megat, Faedzal dan Nurul Huda akan menyuntik semangat terutama kepada atlet muda yang rata-rata agak gementar untuk bersaing di pentas Asia Tenggara.

“Bercakap sahaja tentang Sukan SEA, ia akan melibatkan atlet baru dan muda. Jadi dengan pengalaman dan pendedahan sedia ada, ketiga-tiga individu terbabit mampu melengkapan jiwa dan aspirasi mereka.

“Itu sebab gabungan tersebut MOM sifatkan sebagai yang mampan untuk ke temasya di Filipina,” kata yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA ke-30. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini