IPOH 30 Mei – Demi melihat anak-anak etniknya memiliki kehidupan sempurna walaupun berstatus pelarian, sekumpulan 11 komuniti Rohingya di sini, sanggup mengikat perut hanya untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada bakal pewaris mereka. Pengerusi Persatuan Rohingya di Malaysia cawangan Ipoh, Mohd Hassan Miya Huson, 35, berkata beliau bersama 10 lagi rakan mengumpul RM700 tiap seorang untuk membuka sebuah sekolah yang dikenali sebagai Darul Hedayah Rohingya Academy di sini pada 11 Mei…









