Komuniti India menjadikan Sandakan berbilang kaum - Utusan Malaysia

Komuniti India menjadikan Sandakan berbilang kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 4 Mei – Meskipun komuniti India di Sandakan hanyalah sebilangan kecil namun kehadiran mereka menjadikan Sandakan sebuah daerah yang berbilang kaum.

VIVIAN WONG SHIR YEE
VIVIAN WONG SHIR YEE 

Menurut calon DAP bagi Pilihan Paya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee amat berbesar hati apabila dapat mendekati masyarakat India melalui program ramah mesra yang diadakan di sini.

“Walaupun komuniti mereka kecil tetapi sebagai calon seorang pemimpin, kita perlu bergaul dengan semua kaum yang terdapat di Sandakan, kita tidak boleh pinggirkan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong.

Dalam pada itu, Presiden kuil Sri Sithi Vinayagar, K.Ganesan yakin Wong mampu membawa lebih banyak pembangunan dan aspirasi seperti yang diharapkan oleh masyarakat di Sandakan.

 

Ganesan, yang juga bekas guru sekolah berkata, (Wong) adalah seorang pelajar sekolah yang cemerlang sebelum meneruskan pengajiannya ke peringkat universiti.

“Walaupun muda tetapi dia (Wong) mempunyai hala tuju yang jelas seperti mendiang bapanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) negeri Sabah Siti Hazar Berahim berkata sepanjang tempoh berkempen, mereka akan bekerja keras menggerakkan jenteranya membantu calon DAP.

“Semua jentera kami akan gerakkan sebagai menunjukkan setiakawan sepanjang tempoh berkempen.

“Kita tunjukkan kekuatan Pakatan Harapan, Warisan dan UPKO di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini