Kompany umum tinggalkan Man City - Utusan Malaysia

Kompany umum tinggalkan Man City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mei – Kapten Vincent Kompany hari ini mengumumkan dia bakal meninggalkan Manchester City selepas mengucup 11 trofi ketika bersama pasukan tersebut.

Pertahanan berusia 33 tahun itu menyertai City sejak 2008 dan membuat 360 penampilan, dengan menang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA, empat Piala Liga dan dua Perisai Komuniti.

Penampilan terakhirnya ketika membantu skuad Citizens membelasah Watford 6-0 untuk memenangi Piala FA, sekali gus melengkapkan kejuaraan domestik dengan treble.- AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini