SEPANG 26 Mei – Pengeluaran permit sementara selama enam bulan kepada kilang memproses sisa plastik di Sungai Pelek di sini adalah selepas syarikat itu melepasi ulasan teknikal daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 5 April lalu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, ulasan teknikal itu telah menjelaskan bahawa kilang itu dibenarkan untuk beroperasi semula dalam tempoh enam bulan. Sehubungan itu, menurutnya, permit tersebut dikeluarkan MPSepang…










