Di Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Jika bersiar-siar atau bermudik di sekitar negeri di Pantai Timur itu, pasti ditemui banyak elemen keislaman. Dengan wajah pembangunan yang bercorakkan Islam, penulis merasakan seolah-olah berada di tanah Arab. Tulisan jawi yang terpapar di sana sini dan pohon-pohon kurma di ibu negerinya bagai menterjemahkan lagi gelaran Serambi Mekah itu. Suasana Ramadan di Kelantan juga istimewa terutamanya dengan kewujudan Madinah…









