Ketua Majlis Pentadbiran selatan Thailand ditembak mati - Utusan Malaysia

Ketua Majlis Pentadbiran selatan Thailand ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA 23 Mei – Presiden Majlis Pentadbiran Tha Thong di daerah Raman, wilayah Yala ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berbuka puasa semalam.

Mangsa, Sama-ae Sama, 55, ditembak ketika menunggang motosikal pada pukul 7.40 malam waktu tempatan.

Ketua Siasatan Jenayah Wilayah Yala, Kolonel Polis Suriyan Jantawong berkata mangsa cedera parah dan kemudian menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menemukan lima luka kesan tembakan di dadanya dan dua lagi di pergelangan tangan kanannya.

“Polis turut menjumpai dua kelongsong peluru kosong dan pistol di tempat kejadian,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati mangsa ditembak oleh empat lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terbabit dalam konflik politik tempatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini