Ketua Kampung jual mercun, rokok seludup ditahan - Utusan Malaysia

Ketua Kampung jual mercun, rokok seludup ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 28 Mei – Seorang ketua kampung ditahan kerana menjual mercun dan rokok seludup di kuarters kerajaan di Kampung Gajah di sini kelmarin.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 11.10 malam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam tangkapan itu, 17 jenis mercun termasuk kira-kira 1,000 biji mercun bola dirampas dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM5,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah 74 karton rokok seludup daripada 10 jenama yang bernilai RM2,000.

“Kesemua barang rampasan tersebut disembunyikan di sebuah rumah kosong berhampiran rumah suspek di kuarters berkenaan.

“Suspek ditahan hanya selepas menerima bekalan mercun itu beberapa jam sebelum tangkapan dilakukan. Siasatan mendapati mercun itu merupakan bekalan pertama yang diterimanya untuk jualan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini