Ketua Hakim Syarie sembah menghadap YDP Agong - Utusan Malaysia

Ketua Hakim Syarie sembah menghadap YDP Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Mohd. Na'im Mokhtar, di Istana Negara, hari ini.

Pertemuan lebih kurang 45 minit tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat mesra sambil membincangkan banyak perkara berkaitan syariah dan perundangan syariah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Naim dilantik mengetuai jabatan itu pada 1 April lalu menggantikan Datuk Mukhyuddin Ibrahim yang bersara.

Dalam pertemuan itu, beliau berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah mewakili semua warga JKSM dan agensi-agen di bawahnya di atas pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini