Kes Siti Kharina: Reman suspek utama dilanjut 7 hari - Utusan Malaysia

Kes Siti Kharina: Reman suspek utama dilanjut 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Tempoh tahanan reman terhadap seorang lagi suspek kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin dilanjutkan sehingga Khamis depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat berkata, sambungan reman kedua ke atas lelaki warga Nigeria tersebut dibenarkan selama tujuh hari bermula esok.

“Permohonan lanjutan reman itu dibuat di Mahkamah Sepang pada pukul 10.30 pagi tadi selepas tempoh reman sebelum ini tamat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, media melaporkan reman terhadap dua lagi suspek iaitu wanita Nigeria dan lelaki Pakistan juga telah disambung selama tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Mei depan.

Siti Kharina dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu dengan dia kali terakhir menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri pada hari sama.

Berikutan penemuan mayat wanita itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat dengan kes itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini