Kereta hangus terbakar - Utusan Malaysia

Kereta hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbakar di Kilometer 12.9, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.28 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, mangsa yang berusia 41 tahun didapati telah berjaya keluar daripada kereta Toyota Camry dipandunya. Kereta tersebut terbakar 100 peratus dan pihak bomba telah memadamkan kebakaran,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini