Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara - Utusan Malaysia

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan seawal 10 tahun bagi memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam negara terutama dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan adanya inisiatif “Kemakmuran Bersama” yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, tidak akan ada kelompok dalam masyarakat tidak kira datang dari mana pun, akan tertinggal, terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.

“Maka sebab itulah, dengan adanya pandangan baru (Kemakmuran Bersama) yang telah dikemukakan, kerajaan kita harap dalam tempoh 10 tahun, seawal-awalnya 10 tahun, kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dan negara kita, terutama dari segi penguasaan ekonomi akan dapat kita perbaiki,” katanaya pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadan di luar Masjid Jamek Nurul Yakin, Gugusan Felda Maokil, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu memperlihatkan bahawa kerajaan memahami akan tanggungjawab dalam memastikan tahap penguasaan ekonomi dalam negara dapat dilakukan menerusi pertandingan yang sihat.

“Supaya nanti tidak adalah kelompok yang maju dan dapat menguasai satu bidang yang jauh ke hadapan dan ada satu kelompok, kumpulan dalam masyarakat yang terpaksa tinggal jauh di belakang,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini