Kerajaan perlu libatkan NGO dalam penggubalan Rang Undang-Undang Benih - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu libatkan NGO dalam penggubalan Rang Undang-Undang Benih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kerajaan digesa untuk melibatkan golongan petani dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam penggubalan Rang Undang-Undang Baharu Pensijilan Benih bagi mengelakkan keselamatan makanan dalam negara terancam.

Kordinator Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia, Nurfitri Amir Muhammad berkata, undang-undang tersebut akan menyebabkan kesan negatif yang serius apabila terdapat ‘pengawalan kualiti’ terhadap petani dan kepelbagaian benih tanaman dalam negara.

“Kami memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Tani mendedahkan teks rang undang-undang benih tersebut kepada umum sebelum membentangkannya di Dewan Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rundingan antara kerajaan dan organisasi yang bekerja dengan petani di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kumpulan petani sendiri perlu dilakukan secara mendalam bagi memastikan rang undang-undang tersebut benar-benar memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai sesi wacana Undang-undang Benih: Impak kepada petani, biodiversiti dan masyarakat di Dewan Perhimpunan Cina di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini