PUTRAJAYA 27 Mei – Kerajaan belum memutuskan sebarang mekanisme untuk mengurangkan kadar tol, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Perdana Menteri, memang ada cadangan daripada pihak swasta untuk menurunkan tol supaya mereka dapat ambil alih, tetapi kadar itu tidak sampai 25 peratus. “Tetapi ini belum diputuskan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019 di bangunan Kementerian Kewangan di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalannya,…










