JOHOR BAHRU 9 Mei – Muktamar Tahunan Kali ke-47 Dewan Pemuda Pas Negeri Johor di LC Katering di sini hari ini tidak menyaksikan sebarang perubahan bagi pucuk pimpinan Pemuda Pas negeri.
Ketua Pemuda Pas negeri, Jawahir Amin berkata, barisan tertinggi sedia ada dikekalkan dan keputusan tersebut sudah pun dipersetujui.
“Pemilihan tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Pemilihan peringkat tertinggi juga telah ada keputusan yang mana tiada pertandingan dibuat. Kita cuma fokus kepada ahli jawatankuasa dan Exco Pas negeri,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri muktamar tahunan itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin. – UTUSAN ONLINE











