Kembar berlainan warna kulit dinamakan Malaysia dan Malachi - Utusan Malaysia

Kembar berlainan warna kulit dinamakan Malaysia dan Malachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR OKLAHOMA, Oklahoma – Seorang wanita telah melahirkan sepasang kembar yang berlainan warna kulit dan anak mata sehinggakan ramai yang bertanya sama ada kedua-duanya adalah anak angkat, lapor akhbar The Sun UK.

Sarah Jones memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit putih dan bermata biru sementara kembar lelakinya yang berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi. Fenomena itu jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar tidak seiras.

Perkara itu bagaimanapun bukan sesuatu yang pelik bagi Jones kerana dia sudah mempunyai seorang anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua empat anak saya jauh berbeza tetapi mereka bergaul dengan baik. Ramai yang bertanya sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka tidak menyangka kedua-duanya kembar,” kata Jones.

Pakar genetik Universiti Edinburgh, Jim Wilson memberitahu rangkaian berita BBC bahawa warna kulit banyak bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit berbeza untuk manusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini