PULAU PINANG 3 Mei – Sebuah premis hiburan berkonsepkan bistro di kawasan Bukit Mertajam di sini yang turut menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Jabatan Imigresen negeri kelmarin. Premis hiburan itu yang sebelum ini licik menyembunyikan kegiatan mereka disebalik nama kelab sukan dan rekreasi diserbu oleh anggota Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri kira-kira pukul 11 malam. Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Kholijah Muhammad berkata, dalam serbuan itu seramai…










