Kelab Cresters MB Inc santuni golongan gelandangan di Ipoh - Utusan Malaysia

Kelab Cresters MB Inc santuni golongan gelandangan di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Warga kerja Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengambil inisiatif mengadakan program Singgah Sahur bagi menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar ini kelmarin.

Program kelolaan Kelab Sukan dan Rekreasi kakitangan MB Inc yang lebih dikenali sebagai Kelab Cresters itu   berlangsung selama lima jam bermula pukul 1 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, seramai 50 ahli kelab Cresters turun padang mengagihkan sumbangan makanan kepada golongan berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, program tersebut  bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah terutamanya kepada golongan yang tidak berkemampuan.

“Antara lokasi persinggahan kita seperti Padang Ipoh dan sekitar kawasan bandar lama. Sumbangan makanan turut diberi kepada gelandangan bukan beragama Islam.

“Secara tidak langsung program ini dapat menanam sifat prihatin dalam kalangan ahli kelab Cresters,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain mengedarkan makanan kepada gelandangan,  ahli kelab ini turut menyampaikan juadah sahur kepada anggota polis dan bomba yang bertugas di sekitar Manjoi, Jelapang dan Bandar Meru Raya. 

Menurut Anuar Zainal lagi, ini juga  sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihaknya kepada anggota berpakaian seragamkan. 

“Kita berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih ramai penerima,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini