Keamanan negara nikmat yang besar - Mahathir - Utusan Malaysia

Keamanan negara nikmat yang besar – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN – Keamanan yang dikecapi negara hari ini adalah satu nikmat yang begitu besar, namun ia mungkin tidak disedari segelintir rakyat kerana menganggapnya sebagai perkara biasa, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu sebenarnya bukanlah perkara biasa kerana keamanan itu wujud disebabkan rakyat negara ini tidak bermusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di sesetengah negara lain.

Misalnya, situasi yang berlaku di Syria dan Yaman, Mahathir berkata, negara Islam tersebut mengalami keadaan yang amat menyedihkan apabila peperangan menyebabkan rakyatnya hidup dalam keadaan tidak tenteram dan ketakutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaliknya kita di Malaysia berasa aman, tenteram dan tidak berasa ketakutan apa-apa pun kerana kita tahu kita selamat kerana itu kita di Malaysia ini harus bersyukur sepanjang masa.

“Rakyat di Malaysia ini lebih suka untuk hidup rukun damai walaupun berlainan agama ataupun fahaman, inilah keadaan dalam negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah, Ayer Hitam di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini