KUALA LUMPUR 29 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama wakil negeri bagi membincangkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dalam tempoh terdekat. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, resolusi kepada mesyuarat itu akan dikemukakan kepada kabinet untuk dibentangkan di Parlimen sebagai usaha kerajaan bagi membendung secara serius isu PATI yang membelenggu negara sejak sekian lama. “Selepas Hari Raya Aidilfitri kita akan berbincang…










