Karnival, Pameran Keselamatan Jalan Raya, Jumaat ini - Utusan Malaysia

Karnival, Pameran Keselamatan Jalan Raya, Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan Karnival dan Pameran Keselamatan Jalan Raya di Surau An-Najah Presint 9, Putrajaya, Jumaat ini.

PELBAGAI aktiviti menarik akan diadakan pada antaranya pemeriksaan kenderaan percuma, pemeriksaan kesihatan dan penerangan langkah-langkah pencegahan denggi pada Karnival dan Pameran Keselamatan Jalan Raya di Surau An-Najah Presint 9, Putrajaya, Jumaat ini. – UTUSAN ONLINE

Perbadanan Putrajaya(Ppj) dalam kenyataannya memaklumkan, karnival bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu bersempena Iftar Perdana bersama Asnaf Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Putrajaya 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perasmian dan penyampaian sumbangan akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Menurut Ppj, turut diadakan sepanjang karnival, mini Forum Keselamatan Jalan Raya yang akan dibicarakan oleh moderator terkenal, Ustaz Fauzi Mustafa dan penceramah popular. Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim serta Datuk Ustaz Badlishah Aauddin.

Tambahnya, antara aktiviti menarik lain termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, pemeriksaan kesihatan dan penerangan langkah-langkah pencegahan denggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini