MARSEILLE 6 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang diculik di bandar ini berjaya ditemukan dalam keadaan selamat, manakala penculiknya ditahan polis.
Kanak-kanak itu ditemukan di sebuah hotel di bandar Valence, kira-kira 200 kilometer dari tempat dia diculik semalam.
Suspek yang disyaki menculik kanak-kanak terbabit turut ditahan hotel tersebut, selain memiliki beberapa rekod kesalahan jenayah. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











