Kampung Johan Setia agih 3,000 bungkus bubur lambuk Sabtu ini - Utusan Malaysia

Kampung Johan Setia agih 3,000 bungkus bubur lambuk Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong oleh kira-kira 60 penduduk Kampung Johan Setia, Klang dekat sini akan diagihkan kepada orang ramai, Sabtu ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti merangkap Ketua Kampung Johan Setia, Mohamad Kamal Ismail berkata, aktiviti memasak juadah berbuka puasa yang dinamakan Memasak Bubur Lambuk Sekampung itu akan diadakan di Pejabat Penghulu Johan Setia bermula pukul 9 pagi.

Mohamad Kamal berkata, aktiviti berkenaan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami jangka agihan bubur lambuk akan dapat dilakukan pada pukul 5 petang. Orang ramai khususnya penduduk Kampung Johan Setia dijemput hadir untuk menikmati juadah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini