Kami ada bukti keganasan 22 Mei – Polri - Utusan Malaysia

Kami ada bukti keganasan 22 Mei – Polri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Mei – Polis Republik Indonesia (Polri), semalam memberi amaran mengenai risiko serangan keganasan pada 22 Mei ini dan perkara itu tiada kaitan dengan politik.

Ketua Biro Penerangan Awam, Divisyen Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, ini berikutan penahan sejumlah suspek yang didakwa cuba merancang plot serangan keganasan di Jakarta.

“Andaian serta amaran itu disertakan dengan bukti menerusi pengakuan suspek dan penemuan bahan membuat bom yang ditemukan di rumah suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…
DEDI PRASETYO
DEDI PRASETYO 

“Jika peringatan itu tidak disertakan bukti, boleh jadi ia adalah maklumat palsu, namun polis tidak menganggap risiko tersebut sebagai hal ringan,” katanya seperti yang dilaporkan Detik News.

Jelas Dedi, amaran mengenai serangan pengganas perlu dimaklumkan segera kepada rakyat supaya mereka sentiasa berwaspada, namun tidak perlu panik kerana polis bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan sebelum 22 Mei ini.

Katanya, memberi amaran serta peri­ngatan kepada rakyat adalah sebahagian tugas polis dan semua pihak perlu memberi kerjasama supaya keselamatan dapat ditingkatkan ke peringkat tertinggi.

“Semua pihak perlu memahami dan memberi kerjasama kepada polis untuk menjalankan tugas kerana jika tersilap langkah, nyawa rakyat menjadi pertaruhan,” ujarnya.

Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Su­bianto dan Sandiaga Uno mendakwa peringatan polis kepada rakyat supaya tidak turun ke jalanan pada 22 Mei ini hanya bertujuan menakut-nakutkan mereka.

Dalam perkembangan berkait­an, pasukan polis mendedahkan penemuan enam biji bom yang sedia untuk dile­tupkan di sebuah rumah seorang suspek pengganas yang dikenali sebagai Endang atau Pak Jenggot di Cibinong, Bogor semalam.

Jelas Dedi, polis turut me­rampas sebuah buku yang mengan­dungi cara membuat bom dari rumah berkenaan, selain sejumlah peralatan yang dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini