SHAH ALAM – Menjadi imam ketika usia muda dianggap pengalaman berharga kepada Muhammad Faris Farhan Mohd. Fauzi, 13, yang tular selepas videonya mengimamkan jemaah bagi solat tarawih di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, baru-baru ini. Anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, ia merupakan kali ketiga menjadi imam di masjid sama sepanjang tahun ini. Katanya, sebelum ini dia diberikan amanah bagi menjadi imam solat Isyak sebanyak dua kali. “Tipu kalau…










