KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 201 kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang bergaji bersih bawah RM2,500 ke bawah dan 19 orang anak yatim menerima sumbangan Ramadan, kelmarin. Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan pada Majlis Iftar Kerja MPSJ. Noraini dalam kenyataan MPSJ memberitahu, majlis itu diadakan bagi menghargai kakitangan selain merapatkan hubungan dalam kalangan pekerja. “Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu mengurangkan beban penerima menjalani Ramadan…










