Kadar air: Singapura cuba lengahkan masa? - Utusan Malaysia

Kadar air: Singapura cuba lengahkan masa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kesediaan Singapura untuk ‘duduk’ berbincang mengenai kadar bayaran air oleh negara itu kepada Malaysia merupakan satu perkembangan yang besar untuk kedua-dua negara.

Itu pandangan dilontarkan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan turut percaya bahawa negara jiran itu mungkin akan ‘melengahkan masa’ untuk mempercukupkan bekalan airnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada akhirnya, kita tetap berjiran. Lokasi geografik tidak berubah.

“Kita perlu bersatu dan terikat antara satu sama lain. Tiada apa kita dapat lakukan selain berbincang untuk kebaikan kedua-dua negara,” katanya seperti dipetik South China Morning Post. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini